Sunday, March 4, 2012

Lawatan Sambil Belajar Murid 2012

Minit : MINIT MESYUARAT PERTAMA LAWATAN SAMBIL BELAJAR

Tarikh : 02 Mac 2012

Masa : 12.00 tengahari

Tempat : Pusat Sumber, SJKT Bagan Serai

Kehadiran : 11 orang guru (guru-guru lain menghadiri LADAP bah. 2)

Agenda

1. Ucapan Guru Besar

a. Guru Besar En.M.Darman telah mengalu-alukan kehadiran semua guru ke mesyuarat lawatan sambil belajar yang pertama bagi tahun 2012 ini.

b. Beliau juga mengucapkan terima kasih kepada semua guru kerana dapat hadir ke mesyuarat yang penting ini.

c. Beliau meminta semua guru memberi idea dan pandangan bernas bagi menjayakan lawatan sambil belajar bagi tahun 2012.

2. Ahli Jawatankuasa Lawatan

a. PK Pentadbiran menyenaraikan ahli jawatankuasa lawatan bagi tahun 2012 seperti berikut

i. Penasihat : En.M.Darman

ii. Pengerusi : Pn.R.Nallina

iii. Setiausaha : En.S.Narasimha Rao

iv. Bendahari : Pn.L.Saraswathy

v. Ahli Jawatankuasa

1. En.K.Raman

2. Cik.S.Banumathi

3. Cik.P.Navamati

4. Cik.S.Tiba

5. Pn.S.Vashanti

3. Pemilihan Lokasi Lawatan

a. Setiausaha lawatan telah membentangkan kertas cadangan lawatan seperti berikut :-

i. Lokasi lawatan : Pulau Langkawi

ii. Tarikh : 26, 27 dan 28 Oktober 2012

iii. Masa bertolak : 7.00 pagi

iv. Masa pulang : 3.00 petang

v. Bilangan murid : 35 orang

vi. Bilangan guru : 5 orang

vii. Kutipan dari murid : RM 200.00 seorang

viii. Kutipan dari guru : RM 200.00 seorang

b. Semua ahli jawatankuasa telah berbincang dan sebulat suara menerima cadangan setiausaha seperti di atas. Ia dicadangkan penerimaannya oleh En.K.Raman dan disokong oleh Pn.S.Vashanti.

4. Aturcara Dan Perbelanjaan Lawatan

a. Senarai aturcara dan anggaran perbelanjaan telah dibentangkan oleh setiausaha. Butirannya adalah seperti berikut.

Hari

Aktiviti

Kos (RM) [M=murid, G=guru]

Total

Hari pertama

Bertolak dari sekolah

Bas dari sekolah : RM 1200.00

Bas di pulau : RM 700.00

RM 1900.00

Naik feri di jeti Kuala Perlis

RM 18 x 5G = RM 90

RM 13 x 35M = RM 455

RM 545.00

LUNCH

RM 5.00 x 40 = RM 200.00

RM 200.00

Daftar masuk di hotel


RM 3000.00

Cable Car

RM 15 x 5G = RM 75

RM 5 x 35M = RM 175

RM 250.00

Makam Mahsuri

-

-

Kampung Buku Malaysia

-

-

DINNER

RM 5.00 x 40 = RM 200.00

RM 200.00

Hari kedua

BREAKFAST

- hotel

-

Underwater world

RM 15 x 5G = RM 75

RM 5 x 35M = RM 175

RM 250

Galeria Perdana

RM 5 x 5G = 25

RM 1 x 35M = RM 35

RM 60

LUNCH

RM 5.00 x 40 = RM 200.00

RM 200.00

Taman Lagenda

RM 5 x 5G = RM25

RM 2.50 x 35M = RM 87.50

RM 112.50

Taman Buaya

RM 5 x 5G = RM25

RM 2.50 x 35M = RM 87.50

RM 112.50

Telaga Tujuh

-

-

DINNER

RM 5.00 x 40 = RM 200.00

RM 200.00

Hari ketiga

BREAKFAST

- hotel

-

Dataran Helang

-

-

Naik feri dari Kuala Perlis

RM 18 x 5G = RM 90

RM 13 x 35M = RM 455

RM 545.00

LUNCH

RM 5.00 x 40 = RM 200.00

RM 200.00

    1. TOTAL : RM 7775.00 / 40 orang = RM 194.00 seorang murid / guru [ dijadikan RM 200.00]
    2. Peserta lawatan dikehendaki membayar minimum RM 20.00 setiap bulan mulai bulan Mac kepada bendahari dan daftarkan namanya sebagai pengesahan kehadiran.
    3. Semua kos di atas adalah anggaran kasar. Nilai sebenar dijangka akan berkurangan.
    4. Walaupun RM 200.00 dikutip dari murid, pihak urusetia akan mencuba mendapatkan sumbangan pihak luar. Sumbangan luar tidak diambil kira dalam anggaran di atas.
    5. Selepas lawatan, jika masih terdapat baki wang, ia akan dikembalikan kepada murid dan guru yang bayar.
    6. Jika bilangan guru lebih dari cadangan, mereka dicadangkan naik kereta sendiri. Bayaran bas dikecualikan, manakala bayaran-bayaran lain masih perlu dikenakan.
    7. Keutamaan diberi kepada murid-murid tahap 2. Walaupun demikian, kita amalkan system 'first come first serve'.
    8. Senarai aturcara dan anggaran perbelanjaan seperti di atas telah dibincang dan sebulat suara diterima. Ia dicadangkan penerimaannya oleh Pn.R.Nallina dan disokong oleh Pn.L.Saraswathy.

5. Hal-Hal Lain

a. Guru Besar meminta setiausaha psmemaparkan minit mesyuarat pertama lawatan dalam blog sekolah supaya guru-guru yang tdak hadir ke mesyuarat dapat maklumat lengkap mengenai lawatan ke Langkawi ini

6. Ucapan Penangguhan

a. Mesyuarat ditangguhkan dengan ucapan terima kasih guru besar pada pukul 1.00 tengahari.

Disediakan oleh,

S.NARASIMHA RAO

Setiausaha J/K Lawatan


Disahkan oleh,

M.DARMAN

Guru Besar

05 Mac 2012



--
S.Narasimha Rao
Guru Data
SJKT Bagan Serai (ABD3061)
Tel.: 012-5001705

"Save a tree. Please don't print this e-mail unless it's absolutely necessary."